mcmc
Keusahawanan

KEUSAHAWANAN

 PENGENALAN

       Keusahawanan sudah lama wujud sebagai satu pilihan kerjaya. Kebanyakan orang bagaimanapun lupa akan hakikat ini kerana mereka sentiasa menganggap bahawa kerjaya hanya melibatkan pekerjaan yang ada majikan yang memberi gaji. Keusahawanan tidak melibatkan majikan yang memberi gaji, tetapi usahawan bekerja sendiri dan menjadi majikan kepada dirinya. Walaupun begitu keusahawanan tetap menjadi satu bidang kerjaya yang diceburi sejak dahulu lagi.

      Corak pembentukan sejarah negara kita telah menyebabkan berlakunya pengasingan dalam pemilihan kerjaya mengikut golongan etnik. Sehingga lebih kurang 30 tahun yang lalu, keusahawanan bukan merupakan satu pilihan kerjaya bagi kaum Bumiputera yang merupakan majoriti golongan etnik. Jika adapun kaum Bumiputera yang memilih keusahawanan sebagai kerjaya, hanya dalam bentuk kecil-kecilan ataupun kerana terpaksa disebabkan kurang kelayakan untuk mendapat kerja lain.

        Namun, pada hari ini bidang keusahawanan bukan perkara asing terutama bagi penduduk di kawasan luar bandar. Ia merupakan sumber pendapatan sampingan atau tetap bagi mereka untuk memenuhi masa lapang dan minat yang mendalam dalam bidang yang mereka minati.

 

Keusahawanan di Kg Lonek

Bidang keusahawanan bukan perkara asing bagi masyarakat di Kampung Lonek. Malah bidang ini telah menjadi sumber pendapatan utama dan sesetengahnya menjadikan sumber pendapatan sampingan bagi  memenuhi masa lapang dan minat yang mendalam dalam bidang yang mereka ceburi.