mcmc
Maklumat Am

MAKLUMAT AM

pintu gerbang kg lonek

Kampung Lonek terletak dalam Daerah Jempol dan berjarak 10 kilometer dari Pekan Bahau. Pernah diiktiraf sebagai ‘Kampung Tercantik’ di negara ini oleh Kementerian Penerangan Malaysia, selain terkenal sebagai sebuah kampung yang memenangi Anugerah Komuniti Bestari dan KPW Maju peringkat Negeri Sembilan.

pintu gerbang kg lonek

 

MOTO
Kampung Cemerlang, Hidup Gemilang, Masyarakat Terbilang


VISI

Menjadikan Kampung Lonek Dalam Kalangan Yang Terbaik

MISI  
Masyarakat Harmoni Dengan Kerjasama Yang Padu
Berteraskan Keilmuan Yang Mantap,
Budaya Yang Disanjung Dan Bersandarkan Pengurusan Yang Efisien Dan Terkini.

 

NAMA KAMPUNG INDUK

Nama induk kampung ini ialah Kampung Lonek dan terdiri daripada beberapa buah kampung iaitu Kampung Tengah, Kampung Tebat, Kampung Masjid Lonek, Kampung Sungai Taling dan Kampung Lonek Seberang. Keluasan keseluruhan kampung adalah 1,246 ekar dan terbahagi kepada beberapa bahagian seperti 360 ekar tanah untuk kawasan perumahan, 4 ekar untuk premis awam, 862 ekar untuk tanaman dan 5 ekar untuk lain-lain. Keluasan tanah yang terbiar di kampung ini adalah seluas 15 ekar.


KAMPUNG–KAMPUNG SEKITAR

  • Kampung Gajah Mati

– JKKK Kg. Gajah Mati terdiri daripada 2 rangkaian kampung iaitu:
i. Kg. Gajah Mati
ii. Kg. Peladang

  • Kampung Batu Kikir Timur

– JKKK Kg. Batu Kikir Timur terdiri daripada 3 rangkaian kampung iaitu:
i. Kg. Bukit Kerdas
ii. Kg. Air Dedali
iii. Bukit Gombang

  • Kampung Kuala Sialang

– JKKK Kg. Kuala Sialang terdiri daripada 2 rangkaian kampung iaitu:
i. Kg. Kuala Sialang Ulu
ii. Kg. Bukit Kelulut

AHLI PARLIMEN NEGERI SEMBILAN

Kawasan Parlimen

Kawasan Pilihanraya:  P127
Nama: YB Dato’ Haji Shamshulkahar Bin Mohd Deli

Alamat: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jempol, No. 201,

             Tingkat Bawah, Jalan Serting Utama 5/1,Pusat Perniagaan Bandar Seri Jempol,

              72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan

No. Telefon (Pejabat) : 06-4581499
No. Faks                    : 06-4581499
Email : 
datoshamshul@gmail.com 
Parti: Barisan Nasional (BN)

 

Kawasan ADUN

Kawasan Pilihanraya:  N 8
Nama: YB Tuan Teo Kok Seong
Alamat: No. 32 Jalan Meranti 35,
             Taman Meranti,
             72100 Bahau,
             Negeri Sembilan.

No. Telefon (Pejabat) : 06-4542351
No. Telefon : 06-4540552 (R) 
Parti: (DAP)

 

Pegawai Daerah Jempol

Nama: Nawal Binti Mohamed Amin
Alamat:Pejabat Daerah Jempol/Jelebu
No. Telefon (Pejabat) :06-4585203