mcmc
Maklumat NADI

MAKLUMAT PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

assalamualaikum - 1

assalamualaikum - 1

gambar animasi bergerak selamat datang 29

KE

PORTAL PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KG LONEK

 

  

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Lonek, Negeri Sembilan Darul Khusus mengucapkan selamat datang

dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami.

 

Pusat Internet merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia (TM) di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Bermula pada penghujung tahun 2012, nama bagi Pusat Jalur Lebar Komuniti atau lebih di sinonim dengan PJK telah ditukarkan kepada nama baru yang lebih gah, iaitu Pusat Internet (PI) sesuai dengan hasrat kerajaan untuk mendekatkan lagi pengetahuan ICT kepada semua kelompok masyarakat tidak kira bangsa mahupun agama.

Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2, 36 pusat untuk Fasa Felda dan 110 pusat untuk Fasa 4 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Pusat Internet Kg Lonek telah dibuka secara rasmi pada 15 Ogos 2009 dan telah dinaiktaraf pada penghujung tahun 2014. Kini, Pusat Internet Kg Lonek telah mula dibuka kepada masyarakat setempat awal bulan Februari 2015 dengan berwajah baru yang lebih selesa, lebih menarik dan lebih berinovasi.

Dengan tertubuhnya Pusat Internet Kg Lonek ini, komuniti setempat haruslah menggunakannya dengan lebih manfaat dan lebih celik IT dimasa akan datang, malah dapat merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. Kini Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan kami terus begiat aktif dalam membantu pihak komuniti dalam kehidupan seharian mereka.

 

OBJEKTIF NADI :

v  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

v  Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

v  Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan.

v  Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN SEPERTI :

v  Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi

v  Perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar

v  Kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian

v  Perkhidmatan pencetak

v  Laminate                      

v  Binding

v  Program latihan ICT dan pembangunan modal insan

v  Aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus

 

 

WAKTU OPERASI NADI KG LONEK :

HARI

REHAT

JAM

ISNIN-AHAD

01:00-02:00
JUMAAT 12:30-02:30

09:00 AM-06:00 PM

**Tutup pada hari pelepasan am

 

 

    ALAMAT PENUH    

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL KAMPUNG LONEK (NADI KG LONEK ) 

Dewan Dato’ Dr. Haji Khalid Yunus

Masjid Kariah Kg Lonek

72200 Batu Kikir

Negeri Sembilan Darul Khusus

0193548693 / 0135999187

kglonek@pjk.com.my