mcmc
Maklumat NADI

SUKARELAWAN DIPERLUKAN – COVID19

SUKARELAWAN.png

Sehingga 1 April 2020, terdapat sejumlah 2,359 orang sukarelawan yang berkhidmat bagi membantu menangani COVID-19. Bagi anda yang ingin melibatkan diri secara sukarela, boleh merujuk informasi lanjut di bawah ini.

Khidmat sukarelawan amat diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan di bawah:

1. Menjalankan saringan demam di *Fasiliti Kesihatan Awam* (Public Health Facilities) seperti di Klinik Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah, KKIA dan sebagainya.
atau
2. Menjalankan tugas-tugas di hospital yang terlibat dengan pengendalian kes:
a) Bukan COVID 19 di Wad dan Jabatan Medikal,Ortopedik,Surgical, dan lain-lain akibat kesesakan pesakit COVID 19 di Hospital COVID
b) COVID-19 bagi pakar /pegawai yang berpengalaman tertakluk kepada keperluan semasa

Kepada mereka yang ingin berbakti sebagai sukarelawan di fasiliti kesihatan awam seperti di klinik kesihatan, pejabat kesihatan daerah, KLIA dan sebagainya, sila lengkapkan google form di bawah:

https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdnO5pPnHNCFlQ9Q…/viewform…

Kepada yang ingin berbakti sebagai sukarelawan di hospital KKM, sila lengkapkan google form di bawah ini:
https://docs.google.com/…/1FAIpQLScTmWCBfjKeKK8pL…/viewform…

Mereka yang sedang berkhidmat sama ada di sektor awam mahupun swasta, kebenaran Ketua Jabatan atau majikan hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

Syarat-syarat menyertai khidmat sukarelawan ini adalah:
1) Berdaftar dengan badan profesional yang mengawal selia amalan pemohon; (bagi yang berkaitan)
2) Sihat tubuh badan & tidak mempunyai masalah kesihatan yang tidak terkawal.
3) Sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan.
4) Tiada sejarah melawat ke negara/lokasi wabak COVID-19 atau menjadi kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dalam jangkamasa 14 hari sebelum bertugas.

Sekian, terima kasih.

NATIONAL CRISIS PREPAREDNESS RESPONSE CENTER, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

SUKARELAWAN.png

#COVID19

#skmm

#stayathome

#staysafe