Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) Kampung Lonek
Golongan wanita Kampung Lonek antara kumpulan wanita yang aktif, berdaya maju dan produktif dalam kegiatan kemasyarakatan, keagamaan dan aktiviti-aktiviti berbentuk sosial. Mereka kini ibarat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki. Maka tidak hairanlah sekiranya Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) Kampung Lonek pernah memenangi Anugerah KPW Maju peringkat Negeri Sembilan dan pada tahun ini masih tercalon untuk bertanding ke peringkat negeri bagi mewakili Daerah Jempol.
Aktiviti Tahunan
1- Merancang dan melaksanakan program-program bagi menyambut perayaan hari kebesaran Islam:
- Sambutan Maulidur Rasul
- Sambutan Israk dan Mikraj
- Majlis Berbuka Puasa
- Sambutan Hari Raya
2- Mengadakan Majlis Tahlil dan bacaan Yassin pada tiap-tiap minggu, dengan cara bergilir-gilir dari rumah ke rumah mengikut kumpulan (5 kumpulan).
3- Mengikuti kelas-kelas agama di masjid dan surau-surau:
- Kelas Tajwid dan Fardhu Ain yang diadakan di Balai Raya Kampung Lonek.
- Kelas Fardhu Ain di masjid atau di surau-surau.
- Majlis bacaan Yassin di masjid atau di surau-surau pada setiap malam Jumaat.
4- Majlis berendoi, marhaban dan berzanji yang diadakan pada majlis kenduri-kendara (jika diminta), menyambut perayaan hari kebesaran Islam dan majlis-majlis yang berkaitan.
5- Mengadakan amalan gotong-royong dalam pengendalian majlis-majlis kemasyarakatan di kampung:
- Gotong-royong menguruskan majlis kenduri-kendara seperti masak-memasak dan sebagainya.
- Gotong-royong membersihkan tanah wakaf/kubur.
6- Bermuafakat mengendalikan sebarang majlis yang diadakan di balai raya, masjid dan surau-surau serta aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan lain seperti JKKK, Gerakan Daya Wawasan, Perpustakaan Masyarakat KEMAS, Komuniti Bestari, Homestay, KEMAS dan sebagainya.
7- Terlibat dalam sebarang aktiviti yang diadakan seperti Sambutan Bulan Kemerdekaan, senam aerobik dan lain-lain.
8- Menyertai pertandingan-pertandingan anjuran pelbagai badan/pertubuhan seperti:
- Pejabat SUK Negeri Sembilan
- Jabatan Pertanian
- Jabatan Kesihatan
- Jabatan Penerangan
- KEMAS